MATLAMAT PROGRAM
Program Diploma Pengurusan Haji dan Umrah ditawarkan bagi membimbing para pelajar memperolehi pemahaman, pengetahuan dan kemahiran secara menyeluruh mengenai skop dan pemikiran yang berkaitan dengan pengurusan haji dan umrah dari segi konsep, teori dan praktikal.
OBJEKTIF PROGRAM SECARA UMUM
Untuk melahirkan graduan yang berpengetahuan, berkemahiran dan berupaya menyelesaikan masalah mengikut syarak perkara-perkara yang berkaitan dengan haji dan umrah. Selain itu, program ini turut menyediakan pelajar dengan kepakaran teknikal dan praktikal di samping melengkapkan pelajar dengan asas pengurusan haji dan umrah yang kukuh mengikut standard Tabung Haji.