Pengenalan
Diploma Animasi merupakan program kendalian Kolej Teknologi Alpha yang ditawarkan bagi melahirkan graduan yang berpengetahuan dan berkemahiran dalam bidang animasi seterusnya dapat memberikan sumbangan keperluan guna tenaga negara khususnya dalam industri filem atau penerbitan animasi.
Kerjaya
2D Animator, 3D Animator, Visual Effects Artist, Pereka Grafik dan Multimedia, Storyboard Artist.
Syarat Kemasukan
- Lulus SPM/SPMV dengan mendapat sekurang-kurangnya TIGA (3) kredit dalam mana-mana matapelajaran termasuk lulus Matapelajaran Pendidikan Seni atau;
- Kelayakan-kelayakan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia.
- Lulus ujian melukis kendalian Kolej Teknologi Alpha ( bagi calon yang tidak mempunyai mata pelajaran Pendidikan Seni )